Skip to main
Logo Malaysiakini

Mahkamah arah pendakwaan bekalkan salinan Whatsapp perbualan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kes rasuah melibatkan pengerusi DAP Lim Guan Eng dalam kes terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ditangguhkan ke 19 Oktober.

Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan saksi yang dipanggil semula Wan Mohd Firdaus Wan Yusof membekalkan salinan gambar kandungan dalam telefon eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Wan Mohd Firdaus berkhidmat sebagai pegawai siasatan forensik SPRM.

Peguam Lim–Gobind Singh Deo–juga meminta butiran lanjut laporan lain, yang disediakan untuk kes berasingan di mahkamah Shah Alam, yang mempunyai komunikasi WhatsApp antara Zarul dan ahli perniagaan G Gnanaraja.

Wan Firdaus sebelum ini menyediakan dua laporan forensik berdasarkan data diperoleh daripada telefon Zarul serta garis panduan forensik bagi menjaga bukti digital yang mudah terjejas.

Salah satu laporan itu mempunyai transkrip tidak lengkap perbualan WhatsApp Zarul dan Gnanaraja, untuk satu tempoh waktu sahaja.

Lim Guan Eng dan peguamnya Gobind Singh Deo

Pada 3 April 2019, Gnanaraja dituduh memperdaya Zarul untuk membayar padanya RM19 juta berkaitan projek terbabit, di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Lim berdepan empat pertuduhan, iaitu:

  • Menggunakan kedudukan sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat Zarul mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6.34 bilion di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

  • Meminta suapan daripada Zarul sebanyak 10 peratus daripada keuntungan syarikat itu berhampiran The Garden Hotels, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011. (Pertuduhan pindaan kedua.) 

  • Menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. (Dua pertuduhan.)

    [Baca berita asal]