Skip to main
Logo Malaysiakini

Abang kita dari PAS jadi MB jika PN menang di Perlis, kata Hamzah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perikatan Nasional (PN) dilaporkan akan memberi laluan kepada PAS untuk memegang jawatan menteri besar Perlis jika gabungan itu menawan negeri tersebut dalam PRU15.

Menurut Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin, ia sebagai tanda sokongan PN terhadap parti yang dianggap sebagai ‘abang’ dalam gabungan tersebut.

“Saya sebut ‘abang’ sebab kita bagi sokongan kepada pemimpin PAS yang akan kita kekalkan untuk pimpin negeri ini.

“Jadi, salahkah kalau abang kita dari PAS akan jadi menteri besar di Perlis (selepas PRU15),” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia ketika Majlis Pertemuan Khas Bersama Barisan Kepimpinan PN Perlis di di Kangar, semalam.

Pada masa sama, Hamzah turut mengingatkan agar anggota gabungan itu tidak mendedahkan strategi parti masing-masing dalam menempuhi PRU15 di media sosial.

"Apa yang penting, kita kenali dan percaya antara satu sama lain di samping mewujudkan kerjasama bagi membuktikan PN dapat menawan negeri Perlis,” katanya.

Untuk rekod, menteri besar Perlis pada masa ini adalah Azlan Man dari Umno.