Bomba tangkap harimau kumbang di laman rumah
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berjaya menangkap seekor harimau kumbang di pekarangan sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih, Selangor semalam.
Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.32 petang dan memasang jaring khas untuk menangkap haiwan itu.
"Anggota Jabatan Perhilitan telah menembak ubat pelali pada harimau itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar khas,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Norazam berkata operasi tersebut tamat kira-kira 7.10 malam dan harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai