'Apakah Umno akan hukum Ismail Sabri jika gagal adakan PRU tahun ini?'
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menyifatkan pemecatan Zaharin Yasin dan penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman dan ketua Umno Alor Setar sebagai 'tembakan amaran' untuk Ismail Sabri.
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menyoal sama ada Umno akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atau tidak, jika gagal mencadangkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.
Mukhriz dipetik BH Online berkata berdasarkan pengalaman lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, boleh mengambil tindakan sama seperti pemimpin parti terdahulu dengan memecat Ismail Sabri jika tidak mengikut kehendak memberi laluan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.
Mukhriz menyifatkan pemecatan penulis blog Zaharin Mohd Yasin dan penggantungan keahlian Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Bahagian Alor Setar Mohd Yusof Ismail sebagai 'tembakan amaran' untuk Ismail Sabri.
"(Bekas perdana menteri) Najib (Razak) pernah memecat timbalannya, Muhyiddin Yassin tanpa melalui mesyuarat (perhimpunan) agung khas Umno untuk membahas tindakan itu.
"Tentunya Ahmad Zahid juga boleh memecat seorang naib presiden walaupun beliau memegang jawatan perdana menteri," kata Mukhriz yang bapanya Dr Mahathir Mohamad pernah memecat Anwar Ibrahim dari jawatan dalam parti dan kerajaan pada 1998.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah mendakwa satu-satunya sebab Umno mendesak PRU15 diadakan tahun ini adalah untuk mengelak lebih ramai pemimpin parti itu dihukum di mahkamah.
Pejuang katanya mengecam tindakan itu kerana ia mengheret rakyat ke dalam proses pilihan raya ketika negara berdepan kemungkinan banjir besar seperti yang diramalkan oleh pakar kaji cuaca.
"Alasan Umno adakan PRU15 dalam tahun ini juga kononnya untuk mengembalikan hak rakyat, membolehkan mandat sebenar diperoleh dan kerajaan stabil dapat dibentuk hanya satu penipuan.
"Semua pihak tahu ini bagi mengelak lebih ramai pemimpin Umno dihukum dan dipenjarakan, selain untuk melepaskan Najib dari penjara.
"Mungkin rakyat akan menghukum Umno pula pada PRU15," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai