Naib ketua Pemuda Amanah kembali ke rahmatullah
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan
Naib Ketua Pemuda Amanah Muhamad Fadzil Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini di Hospital Klang dipercayai akibat serangan jantung.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan berita pemergian allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
“Menerima berita duka pemergian Ustaz Muhamad Fadzil Ahmad, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional.
“Seorang peguam muda yang sangat dedikasi dan tokoh muda yang berwawasan.
"Bagi pihak Parti Amanah Negara, kami sangat terasa dengan pemergian beliau,” katanya mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak serta ahli keluarga Allahyarham.
“Marilah kita doakan semoga beliau dikurniakan setinggi keampunan dan ditempatkan bersama hamba-hamba yang soleh,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai