Bajet 2023 tetap dibentangkan Jumaat ini, kata Wan Junaidi
PARLIMEN l Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan bahawa Bajet 2023 tetap akan dibentangkan pada Jumaat ini seperti yang dirancang susulan spekulasi bahawa Dewan Rakyat mungkin dibubarkan tidak lama lagi.
“Bajet tetap akan dibentangkan pada Jumaat ini. Itu pemahaman saya sehingga malam tadi, apa-apa yang berubah tadi selepas pukul 10.30 malam tadi saya tak tahu, sebab itu adalah di luar saya.
“Kami ada mesyuarat pra majlis malam tadi pada jam 10.30 malam.
“Saya adalah individu terakhir bersama perdana menteri, jadi saya tahu bajet akan dibentangkan pada 7 Okt ini," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini..
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sedang berdepan tekanan daripada partinya sendiri, Umno untuk segera mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tahun ini.
Pada 30 Sept lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan supaya Parlimen dibubarkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai