Speaker Parlimen Turkiye tiba di M'sia untuk lawatan rasmi
Speaker Parlimen Turkiye Prof Dr Mustafa Sentop tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia sehingga Rabu ini (5 Okt).
Pesawat khas membawa Sentop dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada pukul 11.50 malam ini.
Sentop dan delegasinya disambut Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Beliau kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.
Semasa lawatannya, Sentop dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Beliau juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai