Skip to main
Logo Malaysiakini

Speaker tolak 17 usul persendirian mengenai anak kelahiran luar negara

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun telah menolak usul 17 ahli parlimen yang setiap mereka berusaha memfailkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk meminda perlembagaan bagi memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga tempatan.

Dalam satu kenyataan media hari ini, ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak Hal Ehwal dan Pembangunan Sosial, berkata mereka bersedia untuk membawa perkara berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Azalina, dia adalah antara 17 ahli parlimen yang usul mereka ditolak itu.

Azalina menjelaskan bahawa cadangannya adalah untuk memasukkan perkataan "ibu" dalam Seksyen 1(b) Bahagian 2 Jadual 2 Perlembagaan Persekutuan tetapi ditolak atas alasan bahawa pindaan kepada peruntukan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

“Adalah menjadi harapan ikhlas saya agar kerajaan hari ini mengutamakan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membenarkan kerakyatan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu Malaysia sebagai hak mereka,” katanya.

Azalina berkata dia dan setiap daripada 16 ahli Parlimen itu menerima maklum balas daripada Azhar memberitahu penolakan cadangan mereka.

Mereka yang lain itu termasuk ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ahli Parlimen Hulu Langat Hasanuddin Yunus dan ahli Parlimen Bandar Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii.

“Adalah tidak wajar secara moral untuk meminggirkan ribuan anak-anak yang dilahirkan oleh ibu Malaysia tanpa kerakyatan.

“Ia adalah diskriminasi langsung kepada wanita dan kita mesti bertindak demi kepentingan terbaik untuk anak-anak kita dan hak ibu warga Malaysia, dan kita mesti bertindak sekarang.”

Ahli Parlimen lain yang turut menyaksikan usul mereka ditolak adalah ahli Parlimen Lanang Alice Lau, ahli Parlimen Pandan Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, ahli Parlimen Lumut Mohd Hatta Ramli, I ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, ahli Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew.

[Baca berita penuh]