Skip to main
Logo Malaysiakini

Pelaksanaan semula GST akan dibincang dalam kabinet - Zafrul

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Cadangan mengembalikan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibincangkan dalam kabinet, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul bagaimanapun berkata pelaksanaan semula cukai berkenaan bergantung kepada keadaan ekonomi negara pada tahun hadapan.

"Tidak, kita tak umumkan GST dalam Bajet 2023. Kita akan bincangkan perkara itu dalam kabinet, bergantung kepada ekonomi tahun depan. Tetapi untuk tahun ini, kita tidak bincangkan untuk bajet ini," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

"Bagaimanapun, bila kita melihat pendapatan kita tahun ini, ia mempunyai korelasi positif kepada ekonomi jadi kita menjangkakan ekonomi akan sederhana di peringkat global apabila Malaysia terkena impak tetapi sudah tentu kita juga dibantu oleh bayaran dividen utama oleh Petronas.

"Pembayaran dividen oleh Petronas tahun ini ialah RM50 bilion, tetapi kita tidak menjangkakan hal yang sama tahun depan," tambah Zafrul.

[Berita penuh menyusul]