Skip to main
Logo Malaysiakini

1,627 kes baru, empat kematian Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 1,627 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,853,523.

Jumlah kes aktif sebanyak 23,121, turun 5.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (522)

  • WP Kuala Lumpur (314)

  • Perak (164)

  • Sabah (129)

  • Pulau Pinang (87)

  • Johor (79)

  • Negeri Sembilan (67)

  • Kedah (60)

  • Melaka (60)

  • Sarawak (49)

  • WP Putrajaya (35)

  • Pahang (33)

  • Kelantan (16)

  • Terengganu (8)

  • Perlis (3)

  • WP Labuan (1)

Sebanyak empat lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes meninggal di luar hospital (BID), membabitkan Johor (2), Pahang (1), Selangor (1).

Sejak minggu lepas, purata 3.4 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 4.3 orang, yang menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, terdapat 158 laporan kematian bulan lepas dan 247 kematian pada bulan Ogos

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,398 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 963 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 43 orang mendapat rawatan rapi.