Skip to main
Logo Malaysiakini

1,453 kes baru, dua kematian Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 1,453 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,854,976.

Jumlah kes aktif sebanyak 22,772, turun 5.2 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (611)

  • WP Kuala Lumpur (258)

  • Sabah (111)

  • Perak (101)

  • Negeri Sembilan (69)

  • Pulau Pinang (69)

  • Kedah (49)

  • Melaka (42)

  • Johor (33)

  • Sarawak (29)

  • Kelantan (28)

  • WP Putrajaya (20)

  • Pahang (16)

  • Terengganu (15)

  • Perlis (2)

  • WP Labuan (0)

Sebanyak dua lagi kematian dilaporkan di Melaka, dengan satu kes meninggal di luar hospital.

Sejak minggu lepas, purata 3.6 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 4.2, yang menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, terdapat 158 laporan kematian bulan lepas dan 247 kematian pada bulan August.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,400 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 967 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 37 di ICU.