Skip to main
Logo Malaysiakini

KJ terbuka tanding di Negeri Sembilan, Lembah Klang

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata ramai pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi Parlimen kepadanya, namun semua itu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno untuk menentukan kedudukannya.

"Saya orang parti, macam-macam pemimpin tempatan tawarkan kerusi kepada saya. Saya terbuka untuk bertanding di mana-mana sama ada di Negeri Sembilan atau Lembah Klang.

"Setakat ini kedudukan saya (untuk) bertanding di kerusi mana masih belum diputuskan," kata Menteri Kesihatan itu kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Mencegah Banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini.

Pada PRU14 lepas Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya dari parti PAS dan PKR dengan memperoleh 36,096 undi.

- Bernama