Banyak perkara kerajaan sementara tak boleh buat - Fahmi
Kerajaan sementara susulan pembubaran Parlimen semalam tidak boleh memutuskan banyak perkara dan bukan sekadar perkara dasar, kata Penngarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Antaranya, kabinet sementara tidak boleh menandatangani sebarang kontrak projek, terutama projek berskala besar atau berkepentingan awam, dan menteri dan timbalan menteri mesti memulangkan aset kerajaan, katanya.
Selain itu, mereka juga tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya atau mengumumkan sebarang "hadiah pilihan raya".
“Prinsip-prinsip ini sewajarnya menjadi rukun kerajaan sementara, terutama untuk elak salah guna kuasa, rasuah, dan persepsi salah,” kata Fahmi dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berkata kabinet yang diketuai Ismail Sabri Yaakob boleh terus berfungsi sebagai kerajaan sementara dan mesyuarat kabinet boleh terus dijalankan seperti lazim walaupun Parlimen dibubarkan.
Bagaimanapun, dia berkata kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.
Perdana Menter, Ismail Sabri petang semalam mengumumkan pembubaran Parlimen, membuka jalan kepada pilihan raya umum ke-15, (PRU15) yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pengumuman itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai