Skip to main
Logo Malaysiakini

Mahathir: Umno akan kalah jika pengundi tolak rasuah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil menjelaskan kenyataannya bahawa Umno akan menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), selain meramal parti itu akan berdepan krisis dalaman.

Sebaliknya, bekas perdana menteri yang juga bekas presiden Umno itu berkata parti tersebut akan kalah jika pengundi menolak rasuah.

Bercakap pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini, Mahathir menjelaskan kenyataannya itu telah disalah tafsir oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

“Zahid kata saya kata Umno akan menang, tetapi dia tidak katakan apa yang berikutan kenyataan itu.

"Saya cuma cakap, Umno akan menang kerana mereka akan merasuah pengundi. Jadi, kali ini jika pengundi menolak wang Umno, Umno tidak akan menang," kata Mahathir hari ini.

Tambahan pula, bekas perdana menteri itu berkata dia yakin pengundi sedar akan keburukan Umno.

Bercakap kepada Nikkei, minggu lalu, Mahathir berkata, Umno akan menang pada PRU15, walaupun parti itu akan berdepan krisis dalaman kerana kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokongnya.

Mengulas ramalan ahli parlimen Langkawi itu, Zahid berkata, ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semua pihak kawan mahupun lawan sememangnya menjangkakan sedemikian.

[Baca berita penuh]