Skip to main
Logo Malaysiakini

Tragedi basikal: Rayuan Sam didengar Mac tahun depan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Sam Ke Ting membatalkan sabitan serta hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang mengorbankan lapan remaja berbasikal di Johor pada 2017.

Pendaftar Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran itu semasa pengurusan kes rayuan tersebut pagi ini.

Peguam Harvinderjit Singh pula mengesahkan tarikh perbicaraan ketika dihubungi media hari ini.

“Pihak yang terlibat memaklumkan kepada mahkamah bahawa rekod rayuan telah diterima dan petisyen rayuan telah difailkan.

“Rayuan akan didengar pada 31 Mac 2023. Pihak yang terbabit akan memfailkan penghujahan bertulis pada atau sebelum 16 Mac 2023.

"Pengurusan kes akhir akan dibicarakan pada 17 Mac 2023," katanya.

Selain Harvinderjit, Sam, 27, turut diwakili peguam Faizal Mokhtar, Farhan Read dan Yasmeen Soh.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari mewakili pihak pendakwaan.

Pada 18 April, Mahkamah Rayuan memberikan kebenarannya untuk Sam memulakan rayuan,.

Mahkamah juga membenarkan pelaksanaan hukuman penjara 27 tahun itu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya diselesaikan.

Mahkamah juga mengekalkan jaminan RM10,000 sedia ada dengan seorang penjamin.

Memandangkan kes itu pada mulanya bermula di mahkamah majistret dan bukannya mahkamah sesyen, Sam perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Rayuan sebelum dia boleh meneruskan proses tersebut.

[Baca berita penuh]