Ahli PAS Pahang disaran guna logo PN di media sosial
Ahli PAS Pahang diminta menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) sebagai gambar profil akaun media sosial mereka.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata perkara itu antara pendekatan yang digunakan bagi memperkenalkan logo berkenaan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
"Selaras dengan keputusan PAS Pusat, kita di Pahang mengambil pendirian sama dengan menggunakan logo PN dalam PRU15.
"Pendirian ini juga adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam PN atas prinsip penyatuan ummah.
"Ini bermakna PAS Pahang akan bertanding dalam PRU15 atas tiket PN dan logo digunakan juga adalah logo PN," katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.
Rosli berkata, arahan untuk memperkenalkan logo tserbut secara meluas juga sudah dikeluarkan.
Katanya, PAS Pahang akan menggunakan semua medium, sama ada medium cetak dan media sosial bagi memberikan kesedaran kepada pengundi.
"Pendekatan ini adalah antara usaha PAS Pahang bersama PN untuk memastikan sasaran 'PN Teraju Pahang' dapat dijadikan kenyataan," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai