Skip to main
Logo Malaysiakini

Mandat rakyat penawar kestabilan politik - Ismail Sabri

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan yang teguh, stabil serta dihormati selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata mandat dipulangkan kembali kepada rakyat dengan pembubaran penggal Parlimen ke-14 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 10 Okt lepas.

"Saya yakin Keluarga Malaysia Melaka akan menggunakan hak untuk memilih kerajaan yang mampu mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco kerajaan negeri.

- Bernama