Tok Him tak patut buat 'kenyataan terburu-buru', kata Sazmi Miah
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi Parlimen di Kelantan yang akan ditandingi calon Gerakan Tanah Air (GTA), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Pejuang Kelantan Datuk Sazmi Miah berkata ia susulan mesyuarat GTA hari ini yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus.
“Jadi tiada keputusan yang dibuat, kerana ada pertindihan calon kerusi parlimen yang dikemukakan oleh kedua-dua parti, antaranya di Parlimen Kota Bharu, Tumpat dan Pengkalan Chepa.
“Pengerusi GTA Kelantan Datuk Ibrahim Ali, tidak sepatutnya terburu-buru membuat kenyataan kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan semua pimpinan parti Komponen di dalam GTA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sazmi (gambar, atas) yang juga Timbalan Pengerusi GTA Kelantan berkata keputusan untuk menempatkan calon masih lagi dalam perbincangan dan perincian, kerana gabungan itu akan mengetengahkan calon-calon yang terbaik.
Media hari ini melaporkan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi GTA dan Presiden Putra berkata parti itu akan bertanding di tujuh daripada 14 kerusi Parlimen Kelantan pada PRU15.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai