Banjir di Langkawi membimbangkan, kata Mahathir
Ketika parlimen sudah dibubarkan dan penghujung tahun - yang diramal membawa hujan lebat - semakin menghampiri, Ahli Parlimen Langkawi menyatakan rasa bimbangnya terhadap fenomena itu.
Ia lebih membimbangkan bekas perdana menteri itu apabila kejadian tersebut berlaku di kawasan yang diwakilinya - Langkawi.
Penyandang ahli parlimen Langkawi itu akan menuju ke pulau tersebut hari ini untuk melihat dari dekat masalah yang melanda penduduk setempat.
Katanya berdasarkan maklumat yang dilaporkan media semalam, keadaan itu memang membimbangkan.
"Saya harap penduduk dan pelawat di Langkawi berwaspasa, serta mengelak daripada bahaya.
"Pagi ini saya akan pulang ke Langkawi untuk melihat sendiri keadaan di sana," katanya melalui hantaran di media sosial.
Hujan lebat selama beberapa jam semalam mencetuskan banjir di beberapa kawasan tumpuan pelancong di pulau peranginan tersebut.
Setakat pagi tadi seramai 44 orang daripada 11 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara.
Selain banjir, hujan lebat juga menyebabkan paras air sungai di kawasan tumpuan pelancong Air Terjun Telaga Tujuh yang terkenal.
Keadaan itu menyebabkan 44 pendaki terkandas kerana laluan yang terhalang oleh arus deras. Bagaimanapun mereka berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Mahathir, 97, sudah mengumumkan akan mempertahankan kerusi Langkawi dalam PRU akan datang.
Baru-baru ini dia sudah memberi amaran bahawa isu perubahan iklim akan menjadikan banjir tahun ini lebih teruk, dan mengadakan PRU semasa musim banjir boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai