Skip to main
Logo Malaysiakini

Maszlee diberi mandat pertahan Simpan Renggam

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Penyandang ahli parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik sekali lagi diberikan mandat untuk mempertahankan kerusinya pada PRU ke-15.

Dia memberitahu perkara itu selepas menerima amanat daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim, hari ini.

"Pagi ini saya telah menerima amanat dan pertanggungjawaban dari Presiden PKR serta pengerusi Pakatan Harapan (PH)

"Pertahankan parlimen Simpang Renggam dengan apa harga sekalipun demi Malaysia dan masa depan pendidikan negara," katanya pada hantaran di Facebook.

Gambar fail, Maszlee dan Pengerusi PH Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Maszlee menyertai pilihan raya umum buat kali pertama pada 2018 sebagai calon Bersatu atas tiket PH dan memenangi kerusi itu dengan majoriti 3,475 undi menewaskan calon Gerakan dan PAS.

Bekas menteri pendidikan itu kemudiannya memilih menyertai PKR selepas berlakunya Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH tumbang.

Pada pilihan raya negeri (PRN) lalu Maszlee juga diturunkan sebagai calon PH di dewan undangan negeri (DUN) Layang-layang, namun tewas dan kerusi itu dimenangi calon BN Abd Mutalip Abd Rahim.