Skip to main
Logo Malaysiakini

Peluang keemasan dapat PM dari Perak - Nga

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Nga Kor Ming membayangkan calon Pakatan Harapan untuk menjadi perdana menteri daripada tokoh yang bertanding di Perak.

"Perak pernah melahirkan pemimpin terkenal tetapi kini hanya sedikit.

“Tidak pernah ada perdana menteri dari Perak dan ini peluang keemasan kita," kata penyandang kerusi parlimen Teluk Intan Nga pada konvensyen PH yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh malam ini.

Dia berkata, Perak telah menyaksikan pertarungan sengit dalam tiga pilihan raya lepas dan kunci untuk memenangi mandat rakyat kali ini mungkin dengan mempunyai pemimpin peringkat kebangsaan menerajui pertempuran PH di Perak.

Dia berkata demikian sejurus selepas Malaysiakini melaporkan berita yang mendedahkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim akan bertanding di Tambun, Perak pada PRU15 yang akan diadakan pada 19 Nov.

“Jika kita menang pada 19 Nov, bayangkan kita mampu membina koridor harapan di Malaysia dari Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Dengan adanya empat negeri ini kita dapat menyemarakkan sokongan negeri lain dalam bentuk masyarakat makmur dan adil yang dibina atas integriti,” katanya.