Skip to main
Logo Malaysiakini

Faiz: Calon Amanah ditentukan mesyuarat, bukan 'dua, tiga orang'

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ahli Jawatankuasa Amanah Faiz Fadzil menafikan keputusan pemilihan calon parti itu bagi PRU15 dibuat oleh hanya sebilangan kecil pemimpin saja tanpa mengambil kira pandangan akar umbi.

Faiz sebaliknya berkata pemilihan calon diputuskan secara bersama dalam mesyuarat parti.

"Tidak benar. Apa yang dikatakan bahawa pemilihan calon itu ditentukan oleh dua, tiga orang itu tak betul sebab kita buat keputusan dalam mesyuarat jawatankuasa nasional.

"Jadi, tak timbul soal ketidaksenangan diperingkat akar umbi. Pandangan akar umbi juga kita telah ambil dalam mesyuarat sebab pengerusi negeri pun hadir," katanya kepada Malaysiakini.

Faiz berkata demikian ketika dimint mengulas dakwaan ramai ahli akar umbi Amanah tidak gembira dengan pemilihan calon kerusi Parlimen yang dikatakan tanpa mengambil kira pandangan pemimpin setempat.

Mengulas lanjut, Faiz yang juga Adun Permatang Pasir berkata Amanah sedia untuk mendengar segala pandangan anggota parti.

"Saya yakin ahli akar umbi boleh mempunyai pandangan tetapi keputusan yang dibuat oleh kepimpinan harus diterima dan dilaksanakan tanggungjawab yang diberi, Ini adalah perkara biasa dalam politik.

"Saya yakin pemilihan calon akan diterima oleh akar umbi sebab kita nak fokus kepada pilihan raya," katanya lagi.