Loji penapisan minyak Petronas di Pengerang terbakar
Sebuah loji penapisan minyak Petronas di Kota Tinggi, Johor terbakar awal hari ini sehingga mengakibatkan letupan.
Dalam satu kenyataan, Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhs (PRPC) berkata, letupan berlaku pada 3.40 petang hari ini di salah satu paip penyambung yang terletak di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada ancaman segera kepada masyarakat sekitar, maklum PRPC.
“Pasukan respons kecemasan PRPC telah digerakkan untuk membendung insiden itu dan semua pihak berkuasa yang berkaitan telah dimaklumkan.
“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.50 petang,” katanya.
Letupan serupa telah berlaku di kompleks itu pada 2019 dan 2020.
Pada April 2019, satu letupan dan kebakaran berlaku di unit penyahsulfurisasi atmosfera, yang melaporkan tiada kemalangan jiwa.
Satu lagi letupan berlaku di unit rawatan hidro diesel di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), pada Mac 2020 yang mengakibatkan lima orang terkorban.
Ini menyebabkan kompleks yang memproses 300,000 tong minyak sehari itu ditutup selama dua tahun. Ia beroperasi semula pada Mei tahun ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai