Skip to main
Logo Malaysiakini

2,913 kes baru, 3 lagi korban akibat Covid-19

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 2,913 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif kini berjumlah 31,747, meningkat 30.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (997)

Kuala Lumpur (709)

Perak (201)

Sabah (199)

Negeri Sembilan (124)

Melaka (111)

Pulau Pinang (109)

Kedah (89)

Kelantan (87)

Johor (69)

Pahang (69)

Putrajaya (49)

Sarawak (48)

Terengganu (44)

Labuan (6)

Perlis (2)

Tiga lagi kematian dilaporkan semalam iaitu di Johor (1), Pulau Pinang (1) dan Sabah (1).

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,478 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 101 kematian dilaporkan pada bulan Oktober dan 158 kematian pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, seramai 1,430 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 60 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (121) diikuti Sabah (101) dan Johor (51).