Skip to main
Logo Malaysiakini

Bersatu buat penampilan sulung di Sarawak

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PRU15 | Bersatu akan membuat penampilan sulung di Sarawak apabila memutuskan untuk bertanding tiga kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jugah Muyang yang mewakili Bersatu akan mempertahankan kerusinya di Lubok Antu, manakala Ali Biju pula akan mempertahankan kerusi Parlimen di Saratok yang dimenanginya pada PRU14.

Jugah memenangi kerusi itu pada 2018 atas tiket calon bebas. Manakala Ali menang di kerusi Saratok atas tiket PKR.

Pada masa sama, Bersatu juga mempertaruhkan Duke Janteng sebagai calon di parlimen Bintulu.

Sementara itu PAS pula dijangka meletakkan calonnya di DUN Batang Lupar, walaupun namanya masih belum diumumkan.

Sebagai sebuah gabungan, ini merupakan kali pertama Perikatan Nasional (PN) bertanding di Sarawak.

PAS mempunyai sejarah yang tersendiri dalam mempertaruhkan calonnya di negeri itu.

Setakat ini, tiada calon daripada parti Islam itu yang berjaya menang sebarang kerusi di Sarawak.

Berbeza dengan PN, BN tidak berhasrat meletakkan calon di negeri itu.