Skip to main
Logo Malaysiakini

GTA pertaruh lebih 120 calon kerusi parlimen

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pengerusi Protem Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan gabungan itu bakal bertanding di lebih 120 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr Mahathir berkata setakat ini Pejuang sudah mengumumkan calon untuk bertanding di 59 kerusi Parlimen, Putra (24), Berjasa (8), Iman (5) dan Gagasan Bangsa sebanyak 11 kerusi.

“Walaupun kita telah beri watikah kepada ramai calon yang kita umum tadi, tetapi masih ada beberapa kawasan yang belum kita tentukan calonnya, pada 3 dan 4 Nov nama-nama itu akan diumum oleh Ketua Setiausaha GTA.

“Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pula diumum barisan pimpinan tertinggi negeri pada esok,” katanya pada sidang media selepas majlis Pengumuman Nama Calon GTA bagi PRU15 petang ini.

Pada majlis pengumuman calon gabungan berkenaan, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu turut mengumumkan Ketua Setiausaha GTA Datuk Marzuki Yahya bakal bertanding di kerusi Parlimen Sungai Petani, Kedah.

Dr Mahathir yang bakal mempertahankan kerusi Langkawi berkata gelanggang pilihan raya kali ini turut menyaksikan tiga selebriti iaitu pengarah filem Ahmad Idham, pelakon Eizlan Yusof dan Azlan Sani Zawawi (Lando) masing-masing bertanding di Parlimen Port Dickson, Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

Beliau berkata GTA akan dibarisi calon berintegriti dan bersih daripada sebarang jenayah selain diyakini mampu menjadi pemimpin yang baik buat negara.

Pada 7 Okt lepas, Dr Mahathir mengesahkan dua penyandang kerusi Parlimen iaitu anaknya Datuk Seri Mukhriz akan mempertahankan kerusi Jerlun manakala kerusi Kubang Pasu akan dipertahankan Datuk Amiruddin Hamzah, kedua-duanya di Kedah.

Beliau turut mengumum Ketua Pejuanita Datin Che Asmah Ibrahim (gambar, atas) akan bertanding di Sepang; Ketua Pejuang Perak Mior Nor Haidir Suhaimi di Tapah; dan Pengerusi Penaja GTA Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di Titiwangsa.

Sementara itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor iaitu Adun Batang Kali Harumaini Omar dan Adun Jeram Mohd Shaid Rosli, masing-masing bakal bertanding di kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian PRU15, penamaan calon (5 Nov) dan pengundian awal pada 15 Nov ini.

Senarai calon Gerakan Tanah Air (GTA) bagi kerusi Parlimen:

PERLIS

P002 Kangar - Nur Sulaiman Zolkapli

P003 Arau - Abdul Razak Abdul Khalek

KEDAH

P004 Langkawi - Tun Dr Mahathir Mohamad

P005 Jerlun - Datuk Seri Mukhriz Mahathir

P006 Kubang Pasu - Datuk Amiruddin Hamzah

P007 Padang Terap - Razali Lebai Salleh

P009 Alor Setar - Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat

P010 Kuala Kedah - Ulya Uqamah Husamudin

P011 Pendang - Abdul Rashid Yop

P012 Jerai - Mohd Nizam Mahshar

P014 Merbok - Mohd Mosin Abdul Razak

P015 Sungai Petani - Datuk Marzuki Yahya

P016 Baling - Basir Ab Rahman

P017 Padang Serai - Hamzah Abd Rahman

P018 Kulim-Bandar Baharu - Mohd Yusrizal Yusoff

KELANTAN

P020 Pengkalan Chepa - Wan Ahmad Nasri Wan Ismail

P024 Kubang Kerian - Mohamad Rizal Razali

P028 Pasir Puteh - Wan Marzudi Wan Omar

P031 Kuala Krai - Norashikin Che Omar

P032 Gua Musang - Samsu Adabi Mamat

TERENGGANU

P033 Besut - Datuk Wan Nazari Wan Jusoh

P034 Setiu - Wan Adnan Wan Ali

P035 Kuala Nerus - Azaha Wahid

P036 Kuala Terengganu - Mohamad Abu Bakar Muda

P037 Marang - Zarawi Sulong

P038 Hulu Terengganu - Mohd Khadri Abdullah

P039 Dungun - Nor Asiah Hasan

P040 Kemaman - Rosli Ab Ghani

PULAU PINANG

P041 Kepala Batas - Hamidi Abu Hassan

P042 Tasek Gelugor - Abdul Halim Sher Jung

P043 Bagan - Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar

P044 Permatang Pauh - Mohd Nasir Othman

PERAK

P056 Larut - Auzaie Fadzlan Shahidi

P058 Bagan Serai - Ahmad Luqman Ahmad Yahaya

P063 Tambun - Abdul Rahim Tahir

P067 Kuala Kangsar - Yusmalia Mohamad Yusof

P069 Parit - Faizol Fadzli Mohamed

P072 Tapah - Mior Nor Haidir Suhaimi

P073 Pasir Salak - Zairol Hizam Zakaria

P074 Lumut - Mazlan Abdul Ghani

P076 Teluk Intan - Amir Khusyairi Mohamad Tanusi

P077 Tanjong Malim - Dr Amir Hamzah Abdul Rajak

P059 Bukit Gantang - Mohd Shukri Mohd Yusoff

P062 Sungai Siput - Ahmad Fauzi Mohd Jaafar

PAHANG

P079 Lipis - Aishaton Abu Bakar

P080 Raub - Norkhairul Anuar Mohamed Nor

P082 Indera Mahkota - Dr Mohamad Nor Sundari

P084 Paya Besar - Rosminahar Mohd Amin

P085 Pekan - Mohd Radhi Abdul Razak

P087 Kuala Krau - Datuk Dr Shahruddin Mohamed Salleh

P088 Temerloh - Aminuddin Yahaya

SELANGOR

P092 Sabak Bernam - Datuk Seri Idris Md Yusof (Eizlan Yusof)

P093 Sungai Besar - Asmawar Samat @ Samad

P094 Hulu Selangor - Harumaini Omar

P095 Tanjong Karang - Azlan Sani Zawawi

P096 Kuala Selangor - Mohd Shaid Rosli

P098 Gombak - Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir

P099 Ampang - Dr Nurul Ashikin Mabahwi

P100 Pandan - Nadia Hanafiah

P101 Hulu Langat - Datuk Markiman Kobiran

P102 Bangi - Annuar Salleh

P105 Petaling Jaya - Mazween Mokhtar

P107 Sungai Buloh - Mohd Akmal Mohd Yusoff

P108 Shah Alam - Muhammad Rafique Rashid Ali

P109 Kapar - Mohd Pathan Hussin

P111 Kota Raja - Fahmi Bazlan Muda

P112 Kuala Langat - Datuk Ridzuan Abdullah

P113 Sepang - Datin Che Asmah Ibrahim

WP KUALA LUMPUR

P115 Batu - Wan Azliana Wan Adnan

P116 Wangsa Maju - Norzaila Arifin

P118 Setiawangsa - Bibi Sunita Sakandar Khan

P119 Titiwangsa - Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

P121 Lembah Pantai - Noor Asmah Mohd Razalli

P125 Putrajaya - Datuk Mohd Rosli Ramli

P166 Labuan - Datuk Seri Ramle Mat Daly

NEGERI SEMBILAN

P126 Jelebu - Ahmad Fakri Abu Samah

P127 Jempol - Tan Sri Mohd Khalid Mohd Yunus

P128 Seremban - Mohamad Jani Ismail

P129 Kuala Pilah - Kamarulzaman Kamdias

P131 Rembau - Datuk Ramly Awalluddin

P132 Port Dickson - Ahmad Idham Ahmad Nadzri

P133 Tampin - Zamani Ibrahim

MELAKA

P134 Masjid Tanah - Handrawirawan Abu Bakar

P135 Alor Gajah - Muhammad Nazriq Abdul Rahman

P136 Tangga Batu - Ghazali Abu

P137 Hang Tuah Jaya - Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh

P139 Jasin - Mohd Daud Nasir

JOHOR

P140 Segamat - Syed Hairoul Faizey Syed Ali

P141 Sekijang - Mohd Saiful Faizal Abd Halim

P144 Ledang - Rafidah Ridwan

P149 Sri Gading - Mahdzir Ibrahim

P150 Batu Pahat - Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir

P151 Simpang Renggam - Kamal Kusmin

P154 Mersing - Nurfatimah Ibrahim

P155 Tenggara - M Azhar Palal

P159 Pasir Gudang - Mohammad Rafi Beran

P160 Johor Bahru - Mohd Akhiri Mahmood

P164 Pontian - Jamaluddin Mohamad

SABAH

P167 Kudat - Nur Alya Humairah Usun Abdullah

P168 Kota Marudu - Mohd Azmi Zulkiflee

P169 Kota Belud - Kanul Gindol

P172 Kota Kinabalu - Raman Lo

P173 Putatan - Poyne Tudus @ Patrick Payne

P175 Papar - Nicholas Sylvester @ Berry

P179 Ranau - Azizul Julirin

P180 Keningau - Jeffrus @ Maimin Rajan

P182 Pensiangan - Jamani Derimin @ Gampalid

P183 Beluran - Hausing Sudin @ Samsudin

P185 Batu Sapi - Boni Yusuf Abdullah @ Narseso P Juanico

P188 Lahad Datu - Jani Kulmen

P191 Kalabakan - Nur Aini Abdul Rahman

- Bernama