Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 3,969 kes baru, dua lagi kematian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sebanyak 3,969 lagi kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kes baru Covid-19 menunjukkan kenaikan sejak dua minggu lalu dan kini mencapai tahap terburuk sejak 18 Ogos lalu.

Kes aktif kini berjumlah 33,018, meningkat 28.8 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kuala Lumpur (1,180)

Selangor (1,145)

Perak (314)

Sabah (248)

Negeri Sembilan (245)

Pulau Pinang (157)

Kedah (120)

Kelantan (106)

Melaka (104)

Sarawak (81)

Pahang (79)

Johor (73)

Putrajaya (58)

Terengganu (49)

Labuan (7)

Perlis (3)

Dua lagi kematian dilaporkan semalam iaitu di Perak dan Sabah.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,480 kematian direkodkan.

Sebanyak 101 kematian dilapor pada bulan lepas dan 158 kematian pada bulan sebelumnya.

Pada masa ini seramai 1,497 pesakit Covid-19 dirawat di hospital, dengan 63 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (122), diikuti Sabah (91) dan Perak (66).