Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis: Muar, Segamat antara 12 parlimen 'kawasan panas' di Johor

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Dua belas (12) daripada 26 kerusi Parlimen di Johor dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Muar dan Segamat, kata Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.

“Penguatkuasaan dan pemantauan akan digandakan di lokasi yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon bagi PRU15, pengundian awal pada 15 Nov dan 19 Nov sebagai hari mengundi.

Kamarul Zaman berkata seramai 3,800 pegawai dan anggota polis ditugaskan di kesemua 26 kawasan Parlimen di Johor untuk menjaga keamanan sepanjang PRU15.

Beliau berkata permit untuk mengadakan ceramah boleh dimohon bermula hari ini.

- Bernama