Lima penjuru di Pekan, calon Pejuang DUN Pulau Manis ditolak
Kerusi parlimen Pekan menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam PRU15.
Mereka ialah Sh Mohamed Puzi Sh Ali (BN), Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (PN), Mohd Naim Zainal Abidin (PH), Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (Bebas) dan Mohammad Radhi Abdul Razak (Pejuang).
Pengumuman dibuat pengurus pilihan raya Pekan, Zaliza Zulkipli kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.
Cubaan calon Pejuang, Mohammad Radhi untuk bertanding di kerusi DUN Pulau Manis bagaimanapun ditolak kerana masalah teknikal.
Anak Najib Razak, Mohd Nizar pula bakal berdepan saingan daripada tiga calon dari PN, PH dan Bebas di kerusi DUN Peramu Jaya.
Mereka ialah Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (Bebas), Abu Talib Muhammad (PN) dan Tugimon Abdul Hamid (PH).
Dua lagi kerusi DUN dalam parlimen Pekan, Chini dan Bebar menyaksikan saingan tiga penjuru.
Untuk kerusi Bebar, calon BN, Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff akan berdepan Narzatul Haidar Sakim (PN) dan Ibrahim Sulaiman (PH).
Penyandang kerusi DUN Chini, Mohd Shahrim Md Zain pula akan ditentang calon dari PH, Mohd Yazit Che Mat dan calon PN, Fahrur Rozi Jalaluddin.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai