Ramai calon guna 'nama lain' di kertas undi
Seorang calon bebas di Batu berjaya melepasi pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan dibenarkan bertanding di bawah nama yang berbunyi seperti carutan dalam frasa bahasa Cina dialek Hokkien.
Calon bebas, yang nama sebenarnya Too Cheng Huat, bertanding atas nama Too Gao Lan.
Di bawah peraturan pilihan raya Malaysia, calon tidak perlu menggunakan nama penuh atau nama sebenar mereka pada kertas undi.
Antara contohnya ialah pengerusi PN yang dibenarkan bertanding di bawah nama Muhyiddin Yassin dan bukannya nama MyKadnya Mahiaddin.
Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan juga bertanding di bawah nama gelaran Tok Mat dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, tidak jelas jika terdapat sebarang peraturan yang menghalang calon daripada memasukkan kata-kata kesat dalam nama kertas undi mereka.
Too salah seorang daripada 10 calon yang bertanding di kerusi Parlimen Batu.
Selain itu, calon Bebas di Parlimen Puchong, Kuan Chee Heng, pula memilih menggunakan nama Uncle Kentang.
Sementara itu, seorang calon bebas di Seputeh memutuskan untuk menggayakan dirinya dengan cara yang lebih bermaruah.
Lian Choy Ling bertanding di bawah nama Choy San Yeh - iaitu nama Kantonis untuk Dewa Kemakmuran.
Di Tanjong Karang - Azlan Zawawi (gambar, atas) daripada Pejuang menggunakan nama media sosialnya Lando Brotherhood - yang merupakan nama yang dikenalinya sebagai aktivis pembaikan jalan berlubang.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai