Skip to main
Logo Malaysiakini

PAS dakwa tolak kerjasama Dr M kerana turut babitkan PH

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad mengajak PAS bergabung bagi menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Jelasnya pertemuan dengan pemimpin Gerakan Tanah Air (GTA) sebelum PRU-15 diadakan, namun PAS menolak pelawaan itu kerana ia dikatakan akan turut melibatkan Pakatan Harapan (PH).

"Tun Mahathir mengajak PAS bergabung untuk menjatuhkan BN kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan BN, selain berbeza pendapat.

"Kita (PAS) tidak bersetuju untuk bergabung dengan Tun Mahathir kerana ia (pelawaan itu turut) membabitkan PH yang di dalamnya ada DAP.

"DAP masih mendominasi PH dan mempunyai jumlah yang besar," kata Abdul Hadi.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas program ‘Ramah Mesra Tuan Guru Presiden PAS Jupo Ore Tterey’ di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, calon PAS Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor.

Mengulas mengenai tindakan Che Abdullah Mat Nawi yang menjadi calon BN pada PRU-15 ini kerana mahu menebus maruah selepas tidak dicalonkan PAS, Abdul Hadi berkata, keputusan menjadi calon itu bukannya diputuskan oleh individu.

"Bukan individu yang menentukan siapa calon untuk bertanding, sebaliknya ia diputuskan oleh parti," katanya lagi.