Skip to main
Logo Malaysiakini

Zahid seru politik sederhana

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Di tengah-tengah tempoh berkempen pilihan raya umum, Umno menggesa supaya semua pihak mengamalkan “politik kesederhanaan”.

“Agenda politik kesederhanaan perlu dipertegaskan di tengah-tengah suasana kini terdapat segelintir parti politik memainkan isu sentimen keagamaan dan melampau batas toleransi kaum,” kata presidennya Zahid Hamidi.

Menulis di media sosial sebentar tadi, Zahid menolak tindakan melabelkan parti lain sebagai “kurang islami” dan “sekular”.

Begitu juga membangkitkan pendekatan politik yang memperlekeh pihak lain dan menaburkan fitnah.

“Demokrasi bukanlah bermakna bebas membuat fitnah. 

“Demokrasi ialah bersuara memberikan dan menawarkan tawaran dan pilihan yang lebih baik!” katanya.

Katanya, sepatutnya tawaran-tawaran politik yang lebih baik serta rekod pentadbiran diketengahkan sebagai produk politik masing-masing.

Zahid tidak menyebut lawan politiknya itu dengan jelas. 

Bagaimanapun dia membangkitkan isu dukacita Yang di-Pertuan Agong apabila pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan baginda pada 29 Julai tahun lalu.

Menurut istana, baginda amat dukacita kerana apa yang dititahkan kepada menteri undang-undang ketika itu Takiyuddin Hassan dan peguam negara–bahawa cadangan pembatalan Ordinan Darurat dibahas di parlimen bagi tujuan diungkai–tidak dilaksana.

Dia juga berkongsi petikan berita pengakuan Clare Rewcastle-Brown pada1 Mac 2019 bahawa  pengarang Sarawak Report itu menerima RM1.4 juta untuk penyelesaian saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang, di luar mahkamah.