Skip to main
Logo Malaysiakini

Ganguan LRT: Lee gesa CEO Rapid Rail letak jawatan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung menuntut peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Rapid Rail Sdn Bhd, Amir Hamdan berhubung gangguan operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), dengan mendakwa bahawa dia harus bertanggungjawab terhadap gangguan berterusan selama tujuh hari itu.

"Sistem LRT menghadapi gangguan paling teruk dalam sejarah tren LRT. Perkhidmatan LRT tidak berjalan selama seminggu.

"Gangguan ini menyebabkan kesukaran yang serius dan kesengsaraan kepada ribuan pengguna rel yang bergantung kepada perkhidmatan itu," kata Lee pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Dia berkata, semasa gangguan itu bermula pada tengah hari Sabtu, adalah dilaporkan perkhidmatan berkenaan akan dipulihkan semula selewat-lewatnya pada pagi berikutnya.

“Bagaimanapun, ini diteruskan sehingga Isnin, 7 Nov, dan akibat kegagalan ini, ribuan terjejas dan ramai yang terperangkap di platform.

"Selain itu, ramai pengguna rel terpaksa menaiki bas dan menunggu berjam-jam lamanya semasa dan hujan lebat," tambahnya.

Lee berkata untuk menambah keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan awam dan agensi awam negara, ketua pegawai eksekutif Rapid Rail harus meletakkan jawatan kerana "kecuaian teruk" sedemikian.

"Pihak ketiga harus menjalankan audit teknikal untuk menyiasat punca siri gangguan itu.

"Sekiranya gangguan sedemikian didapati dapat dielakkan, Rapid Rail dan MyRapid harus dikenakan denda yang tinggi.

“Sebagai contoh, SMRT (pengendali MRT Singapura) telah dikenakan denda RM17 juta kerana kecuaiannya," katanya.

[Baca berita penuh]