Skip to main
Logo Malaysiakini

Ismail janji lantik semula Wee jadi menteri

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob berjanji sekiranya kembali menjadi perdana menteri, dia akan melantik Presiden MCA Wee Ka Siong sebagai menteri kabinet semula.

Ismail Sabri berkata Wee bekerja tanpa jemu untuk rakyat Ayer Hitam dan melantiknya semula sebagai menteri akan memberi manfaat kepada penduduk kawasan itu.

"Yang untung rakyat di Ayer Hitam. Wee jumpa saya tak cukup jumpa di pejabat, jumpa di rumah juga.

"Untuk apa? Untuk kepentingan rakyat Ayer Hitam. Tidak pernah sekalipun permohonan Wee untuk rakyat Ayer Hitam saya tolak," katanya pada perhimpunan BN di kawasan itu hari ini.

Wee kini memegang jawatan menteri pengangkutan.

Presiden MCA itu telah berkhidmat sebagai ahli parlimen Ayer Hitam sejak 2004.

Dia menang kerusi itu pada 2018 dengan majoriti tipis 303 undi.

Wee akan dicabar Sheikh Omar Bagharib Ali daripada Pakatan Harapan dan Muhammad Syafiq A Aziz dari Perikatan Nasional pada pengundian 19 Nov ini.