Skip to main
Logo Malaysiakini

Sultan Johor terima menghadap PM

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman baginda di Johor Bahru hari ini.

Turut berangkat ke sesi menghadap itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi mengadap itu diadakan bersempena lawatan Perdana Menteri ke Johor hari ini.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, Ayer Hitam.

- Bernama