PRU15: Lagi negeri PH umum cuti 18 Nov, kali ini Pulau Pinang
PRU15 l Satu lagi negeri yang diterajui oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mengisytiharkan cuti umum pada 18 November ini, iaitu sehari sebelum pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kali ini giliran Pulau Pinang pula mengisytiharkan cuti khas negeri sehari sebelum hari mengundi itu.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ini adalah untuk memberikan kemudahan dan juga sebagai galakan kepada rakyat Pulau Pinang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
"Bersempena dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada hari Sabtu 19 Nov ini, kerajaan negeri dengan ini bersetuju untuk mengisytiharkan cuti khas negeri pada hari Jumaat 18 Nov," katanya.
Semalam, kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan cuti umum pada hari sama untuk menggalakkan rakyat negeri berkenaan membuat persiapan dan mengundi pada 19 November ini.
Sebelum itu, pengumuman cuti pada Sabtu, 18 November ini diumumkan di Selangor, dengan tujuan memudahkan pengundi yang bukan rakyat negeri itu untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai