SPRM serbu kali kedua pejabat Rafizi, kastam pula akan menyusul
SPRM buat kali kedua menyerbu syarikat Invoke Solutions Sdn Bhd yang diasaskan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, manakala Jabatan Kastam juga telah menghantar notis akan melakukan perkara yang sama.
Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini berkata syarikat itu mematuhi sepenuhnya siasatan yang dibuat
Bagaimanapun, dia menegaskan tindakan itu merupakan pendakwaan politik yang bertujuan untuk mengubah sentimen terhadap Pakatan Harapan sebelum hari pengundian pada 19 Nov.
"Ketika kita sedang bercakap ini, SPRM buat serbuan kedua di pejabat saya di Invoke. Saya faham keadaan berlaku.
"Saya ingat BNpun faham yang mereka akan kalah PRU.
“Jadi masa berbaki dua, tiga hari ini terdesak mencari peluru kononnya dan oleh kerana saya berada di barisan depan mengetuai olahan kempen PRU ini yang menyerang Umno, BN dan PN.
"Saya faham motifnya adalah mereka berharap mereka boleh terjumpa sesuatu sebelum hari mengundi dengan harapan mereka boleh serang kembali saya, boleh mengubah tahap sokongan rakyat," kata Rafizi yang bertanding di parlimen Pandan.
Rampas lejar
Rafizi berkata SPRM merampas dokumen syarikat dan lejar akaun "dari hari pertama" syarikat itu.
"Ini peluang baik untuk SPRM untuk fahami (syarikat) start ups dan penilaian," katanya.
"Mereka minta contohnya akaun semasa pengarah syarikat dan saya boleh sebut kepada orang ramai dan (KP SPRM) Azam Baki mereka akan terkejut untuk menemui bahawa saya tidak pernah ambil satu senpun daripada syarikat itu sejak hari pertama penubuhannya.
"Malah syarikat itu masih berhutang duit saya," jelasnya.
SPRM merampas beberapa dokumen dari pejabat Invoke semalam dan menahan kakitangan itu untuk disoal siasat di pejabat itu sehingga tujuh jam.
Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM Hishamuddin Hashim dipetik laporan Utusan Online mengesahkan serbuan pada jam 11.30 pagi itu, menyebutnya cuma "prosedur rutin".
Menurutnya, tiada sebarang kenyataan diambil daripada mana-mana individu sepanjang serbuan itu.
Sebaliknya, dia berkata pihaknya hanya meminta penjelasan berhubung dokumen yang dirampas itu.
Serangan terhadap aspirasi anak muda
Hishammuddin seterusnya mengesahkan serbuan itu berhubung laporan polis yang dibuat oleh sebuah NGO berhubung pengisytiharan harta Rafizi yang mengumumkan aset bersihnya bernilai RM18.85 juta.
Sementara itu, Rafizi berkata serbuan tersebut berkemungkinan akan memberi kesan buruk terhadap BN kerana ia tidak sesuai dengan pengundi muda.
"Ini akan menjadi isu pilihan raya yang lebih emosi dalam hari terakhir ini.
"Kerana orang muda fahami apa yang kami cuba capai di Invoke. Kumpul anak-anak muda balik dari luar negara, kerja baik, dapat pelaburan, dengan harapan anak-anak muda boleh jalankan perniagaan sendiri.
"Umno tak faham, ia dekat kepada orang yang lebih muda. Usia 23 tahun boleh menjalankan syarikat.
"Ini serangan terhadap aspirasi golongan muda. Banyak peluang, tak perlu makan gaji, mereka boleh uruskan syarikat mereka sendiri, boleh dapat pelaburan dari luar negara.
"Lebih banyak mereka mahu lakukan intimidasi, semakin banyak kempen ini akan menjadi sebutan di kalangan pengundi muda," katanya.
Katanya, isu ini juga boleh menarik pengundi muda ke arah PH, "untuk bukan sekadar melepasi 100 kerusi tetapi diharapkan mendapat majoriti mudah" di parlimen.
[Berita penuh menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai