Skip to main
Logo Malaysiakini

ULASAN | Gelombang biru PRU15? Saingan makin sengit - Bahagian 2

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

ANALISIS | Gabungan mana akan menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15)? Siapakah yang akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya?

Jawapan kepada soalan-soalan ini boleh dikatakan paling sukar untuk dijawab dalam sejarah Malaysia.

Bahagian 1 menetapkan konteks untuk analisis dan di sini dalam Bahagian 2, saya bentangkan unjuran awal bagi pilihan raya ini.

Bahagian 3 nanti, saya akan membincangkan kawasan barisan hadapan yang paling hangat dengan lebih terperinci dalam pengundian Sabtu 19 Nov ini.

Bahagian ini memaparkan pemerhatian saya terhadap situasi semasa beberapa hari sebelum pengundian, hasil daripada kerja lapangan di seluruh negeri di Malaysia dan daripada unjuran statistik pengundian berdasarkan trend berterusan dalam kempen PRU15.

Ini terutamanya sokongan yang diraih Perikatan Nasional (PN) di kalangan orang Melayu dan pengundi muda serta perpecahan dalaman dalam gabungan politik itu mengakibatkan rasa tidak puas hati di lapangan di beberapa kerusi.

Masih tidak pasti

Seperti semua unjuran, ia berdasarkan andaian semasa, jadi analisis ini harus dilihat sebagai petunjuk arah aliran dan kemungkinan-kemungkinan.

Kempen PRU15 ini masih berbaki dua hari lagi, tempoh yang penting dalam menentukan keputusan dalam banyak kerusi (hampir satu pertiga) berupa saingan sengit.

Seperti biasa, seseorang memerlukan kaveat. Perkara boleh berubah dan trend dalam pengundian tidak boleh diandaikan secara yakin.

Apa yang penting, seperti yang telah kita lihat di peringkat global, ramalan pilihan raya tidak dapat dielakkan dalam zaman di mana media sosial dan pilihan individu dibentuk pada saat-saat akhir serta dipengaruhi oleh emosi dan maklumat yang salah.

Memandangkan jumlah pengundi belum membuat keputusan yang ramai, sebanyak 15 peratus hingga 20 peratus pengundi, PRU15 kekal sebagai pertandingan terbuka walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi.

Namun begitu, kita melihat keadaan mula reda dalam kempen PRU15 ini, kerana jangkaan meleset, terutamanya oleh parti politik yang terlebih yakin.

Menyorot kerusi parlimen

Berikut adalah unjuran saya. Terdapat dua warna - biru merujuk kerusi yang saya yakin akan dimenangi dan selamat untuk gabungan masing-masing pada masa ini.

Jingga termasuk kerusi yang sengit pertembungannya (serta kerusi selamat), tetapi condong ke arah sesuatu gabungan. Setiap warna menambah sehingga jumlahnya 222 kerusi.

Memandangkan terdapat banyak kerusi yang sangat kompetitif, kiraan akhir setiap gabungan boleh meningkat (atau menurun) bergantung pada apa yang berlaku dalam beberapa hari lepas (lihat carta di bawah).

Biar saya tunjukkan penemuan unjuran awal yang utama:

Kerusi pertembungan sengit: Tiga hari dari tarikh pengundian, hampir satu pertiga daripada kerusi (29 peratus) masih tidak dapat dijangkakan pemenangnya, perubahan kecil dalam pengundian akan mengubah keputusan di 64 kerusi.

Sejumlah 18 daripada 64 kerusi ini adalah terlalu sengit, hampir lapan peratus daripada keseluruhan kerusi.

Saingan cukup sengit sehingga keputusan akan turun kepada margin kecil dan mereka tidak bersandar ke arah yang jelas, jadi setiap undi akan dikira.

Jumlah keluar mengundi jadi penentu: Malaysia masih mempunyai bahagian yang besar iaitu 15 peratus hingga 20 peratus pengundi yang belum membuat keputusan sama ada akan keluar mengundi atau tidak dan untuk siapa undinya akan diberikan.

Jumlah keluar mengundi akan menjadi penentu dalam keputusan akhir. Untuk memahami kesan ini, lebih separuh kerusi boleh mengubah keputusan dengan peningkatan lima peratus dalam peratusan keluar mengundi. Tolonglah mengundi. Ia akan membuat perbezaan yang nyata.

Parlimen tergantung: Malaysia nampaknya sedang menuju ke parlimen yang tergantung kerana gabungan-gabungan politik perlu berkompromi dan bekerjasama untuk membentuk kerajaan.

Keputusan pengundi akan menentukan siapa yang mempunyai kedudukan rundingan paling kuat dalam membentuk kerajaan dan jenis kerajaan, terutamanya sama ada ia akan merangkumi bukan Melayu atau tidak.

Pakatan Harapan paling selamat: Setakat hari ini, PH nampaknya mempunyai kerusi paling selamat (61 yang boleh meningkat kepada 79, jika ia termasuk kerusi yang kini memihak kepada mereka), tetapi tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri pada masa ini.

Sila ambil perhatian bahawa PH, dan semua gabungan, masih boleh menambah bilangan kerusi mereka bergantung kepada keputusan 18 kerusi tidak condong kepada mana-mana gabungan yang sangat sengit saingannya ketika ini.

PN pencabar: PN telah muncul sebagai pencabar nasional, dengan potensi kepimpinan yang lebih besar dari segi kemungkinan perolehan kerusi berbanding sebelum ini.

PN bersedia untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi, berpotensi meningkat lagi kerana sejumlah 43 kerusi pada masa ini memihak kepada gabungan itu, dengan majoritinya kepada PAS.

Parti Islamis itu menjadi pemenang terbesar dalam kempen kuat PN.

Kelebihan sumber PN juga menyediakan PAS untuk meraih keuntungan melalui penggunaan sumber pada saat-saat akhir, yang telah dipaparkan dengan ketara dalam kempen mereka.

Umno-BN bergelut: Umno-BN bakal kehilangan kerusi pilihan raya yang ketara, terutamanya kepada PN.

Satu lagi ombak biru telah membuat kemaraan di lapangan setakat ini. Kempen Umno tidak mempunyai kepimpinan dan tumpuan yang baik.

Walaupun terlantar (setakat ini), Umno-BN masih kekal sebagai gabungan kuat dengan 30 kerusi selamat dan 15 lagi condong ke arah gabungan itu.

Parti itu dijangka melakukan usaha keras pada hari-hari terakhir. Ia masih jelas, sumber yang diperuntukkan untuk kempen itu akan turun ke lapangan.

GPS menyediakan hala tuju: Di 23 kerusi selamat yakin menang, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi penentu dalam menentukan kerajaan persekutuan di parlimen yang dijangka tergantung.

GPS juga berpotensi untuk mendapatkan lebih banyak kerusi di Sarawak kerana sebahagian daripada 18 kerusi itu terlalu hampir untuk direbut seperti Julau.

Di Sarawak, kesan wang yang disasarkan kepada pengundi yang lebih rentan dan jangkaan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah menyebabkan kerusi lebih mudah untuk dimenangi.

Namun, persepsi di kalangan segelintir rakyat Sarawak bahawa GPS sudahpun menjadi sekutu Umno dan PAS telah merugikan mereka dalam kempennya sehingga kini, kerana gabungan itu dijangka memenangi lebih banyak kerusi lagi.

Kuasa Sabah: Sabah lebih berpecah belah daripada Sarawak tetapi juga akan menjadi kritikal dalam membentuk kerajaan pusat.

Bagaimana prestasi PH, Warisan dan GRS-Umno akan menjadi penting dalam pengiraan terakhir.

Gabungan GRS-Umno yang berpangkalan di Sabah mempunyai enam dan lima kerusi selamat pada masa ini, dengan PH hanya ada dua kerusi selamat, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Undi Sabah dan Sarawak amat penting pada PRU15, lebih lagi daripada mana-mana pilihan raya sebelum ini. Sabah juga mempunyai banyak kerusi yang persaingannya terlalu rapat, seperti Kota Marudu dan Tawau.

Dalam Bahagian 3, saya akan menghuraikan lebih lanjut mengenai kerusi barisan hadapan, menerangkan pelbagai barisan hadapan yang berbeza dalam pilihan raya ini.

Izinkan saya menutup bahagian 2 dengan menegaskan sekali lagi bahawa persaingan pilihan raya adalah sangat sengit dan undi anda akan membuat perubahan.


BACA BERKAITAN:

ULASAN | Gelombang biru PRU15? - Bahagian 1


BRIDGET WELSH ialah Penyelidik Kehormat Institut Kajian Asia Malaysia (Unari) Universiti Nottingham. Dia juga penyelidik kanan di Hu Fu Centre for East Asia Democratic Studies dan felo kanan di The Habibie Centre. Penulisannya boleh didapati di bridgetwelsh.com. Ikuti siri podcastnya, Kerusi Panas.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.