Skip to main
Logo Malaysiakini

Dilarang rai kemenangan PRU15 di jalan - polis Terengganu

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

PRU15 | Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang  perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan-jalan awam.

Ketua Urusetia Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Polis Terengganu Supt Mohd Aluwi Husain berkata sebarang aktiviti seumpama itu tidak dibenarkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini yang  boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Menurutnya, pasukan polis bersiap sedia  mengawal keadaan dan orang ramai digesa mematuhi segala peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Polis Kontinjen Terengganu berharap proses PRU15 yang kini berjalan dengan aman dapat dikekalkan sehingga keputusan diketahui.

“Justeru, kerjasama semua pihak amat diperlukan sehingga kerajaan dibentuk. Jangan timbulkan provokasi atau kekacauan bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.