Anwar: Kabinet lebih kecil, pengurangan gaji dalam proses
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikrar kabinetnya akan lebih kecil berbanding kabinet yang diketuai oleh pendahulunya Ismail Sabri Yaakob.
"Saiz kabinet tentunya akan dikecilkan," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Anwar berkata dia akan merujuk kepada setiap gabungan yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan untuk senarai calon menteri kabinet mereka.
“Kita kena faham kerajaan perpaduan bermakna seorang perdana menteri mesti merujuk kepada setiap parti dan mereka akan mencadangkan nama, saya mesti memberi pertimbangan sedemikian,” katanya.
"Dan saya juga minta supaya ahli-ahli kabinet baru setuju dengan usul mengurangkan gaji mereka tapi ini dalam proses diputuskan dan persediaan, akan dilaksanakan secepat mungkin," tambahnya.
Untuk rekod, kabinet Ismail Sabri terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan dan 38 timbalan menteri.
Ismail mengekalkan kebanyakan menteri yang dilantik oleh pendahulunya Muhyiddin Yassin, yang ketika itu dikritik kerana mempunyai kabinet besar dengan 70 menteri dan timbalan menteri.
Ismail Sabri, yang dinamakan sebagai calon perdana menteri BN semasa pilihan raya umum yang berakhir baru-baru ini, telah berikrar untuk memperkemas kabinet jika BN memenangi pilihan raya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai