Skip to main
Logo Malaysiakini

Anwar pulang ke Tambun esok, k'jaan Perak anjur kenduri rakyat

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Sekretariat negeri Perak akan menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di "kenduri rakyat" di Ipoh, Perak esok.

Acara itu akan berlangsung pada 1.45 tengah hari di Masjid Muhammad Al-Fateh di Taman Jati, Ipoh - dalam kawasan Tambun, yang kini diwakili Anwar.

Menurut jemputan akhbar yang dihantar oleh Jabatan Penerangan Perak, Anwar akan menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Saarani Mohamad juga dijadual hadir pada majlis itu.

Ini menandakan kemunculan pertama Anwar di Tambun selepas pilihan raya umu (PRU) pada 19 Nov.

Anwar mengadakan acara seumpamanya pada 26 Nov di Taman Rakan di Kajang, Selangor yang menyaksikan ratusan hadir di masjid kecil dengan ramai penyokong bukan Islam melihat dari luar.

Anwar merampas kerusi Tambun daripada Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Perikatan Nasional.