'Hang bodoh' tu siapa, rakyat? BN Kedah soal MB
Pengarah Komunikasi BN Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor "koyak" apabila memanggil pengundi "bodoh".
Shaiful Hazizy (gambar, judul) juga menyoal sumber dana yang diperoleh PN bagi menghadapi PRU15.
"Mengamuk sungguh pengarah pilihan raya PAS ni, kalau tak ada angin, takkan pokok nak bergoyang, cara ni ni saya yakin ada penawaran dan permintaan, lepas tu tak boleh nak 'handle' terus 'koyak', banyak sungguh dana pilihan raya PN.
"Cuma nak tanya, 'hang bodoh tu siapa'... tu siapa? rakyat," soalnya pada satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Saiful Hazizy turut memuatnaik rakaman ceramah membabit menteri besar Kedah yang memanggil pengundi sebagai 'bodoh' kerana mengharapkan duit untuk pulang pada pilihan raya umum.
Sanusi dalam rakaman itu berkata penyokong PH yang berada di luar negara sanggup berhabis puluhan ribu untuk pulang mengundi bagi memenangkan partinya.
"Undi kita penting jangan dok kira duit minyak RM50, seratus dua ratus...
“Yang lawan kita balik dari Taiwan, balik dari China, balik dari Singapura, balik dari Amerika, balik dari Australia, duit tambang 'sekupang' pun tak minta. Mengundi PH dia jahanamkan kita.
"Kawan tu balik sekupang pun dia tak minta sebab dia tahu pentingnya tanah ini untuk dikuasai. Kita...bodoh," kata Muhammad Sanusi dalam ceramah berkenaan.
Dalam pada itu secara sinis Shaiful Hazizy mengingatkan supaya tidak jemu menyaksikan drama pendek berjudul “wallahi saya undi PAS.”
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai