Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes 1MDB: Bekas jurubank Najib akui rapat dengan Jho Low

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

KES 1MDB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bekas jurubank Najib Razak membina hubungan kerja yang rapat dengan ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho selepas mereka berjumpa buat kali pertama 15 tahun lalu.

Bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu berkata demikian ketika perbicaraan kes rasuah 1MDB RM2.28 bilion terhadap bekas perdana menteri itu, hari ini.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, Yu yang merupakan saksi pendakwaan ke-21 berkata dia membina hubungan kerja yang rapat selepas diperkenalkan dengan Jho Low pada 2007.

Ia berlaku dua tahun sebelum penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA), yang kemudiannya menjadi 1MDB.

Yu berkata orang atasannya di AmBank, Chan Wan Seong pertama kali memperkenalkannya dengan Low berhubung urusan pinjaman melibatkan sebuah syarikat bernama Majestic Masterpiece Sdn Bhd.

Shafee: Anda bina hubungan rapat (dengan Jho Low)?

Yu: Ya.

Shafee: Sebagai pegawai bank dan sebagai rakan?

Yu: Ya.

Shafee: Ia berlaku dalam satu tempoh masa? Saya bukan nak cadangkan apa-apa yang tak wajar, tapi anda jadi rapat dengan dia (atas kapasiti profesional)?

Yu: Ya.

Yu juga mengesahkan dia mengadakan banyak pertemuan dengan Low di apartmen mewah milik ahli perniagaan itu di 8 Kia Peng, Kuala Lumpur.

‘Orang lain juga ada’

Dia berkata pertemuan itu berkaitan urusan pinjaman melibatkan Majestic Masterpiece dan ketika itu, individu lain yang ada kaitan dengan 1MDB turut hadir.

Katanya, antara yang hadir adalah bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas pegawai Casey Tang, Tan Vern Tact, Kee Kok Thiam, dan Jasmine Loo, dan bekas pengarah eksekutif kumpulan Putrajaya Perdana Bhd Jerome Lee.

Menurut pihak berkuasa, Tang, Tan, Kee and Loo didakwa menjadi sekutu rapat Jho Low dalam skandal 1MDB.

[Baca berita asal]