PM umum senarai 27 timbalan menteri, tiada dari MCA, MIC
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan 27 timbalan menteri bagi kerajaan pimpinannya sebentar tadi.
Mereka akan menangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada jam tiga petang esok.
Pengumuman dibuat menerusi sidang media yang disiarkan secara langsung selepas Anwar menyerahkan senarai itu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi untuk diperkenan Tuanku, petang tadi.
Dia mengumumkan timbalan untuk semua kementerian kecuali untuk portfolio perpaduan dan agama.
Bagi Kementerian Kewangan yang dipegangnya sendiri, Anwar mengumumkan dua timbalan iaitu Ahmad Maslan (Umno) dan Steven Sim Chee Keong (DAP).
Tiada ahli parlimen dari MIC dan MCA yang dilantik sebagai timbalan menteri.
Terdahulu, MIC berkata akan menolak sebarang lantikan jawatan timbalan menteri.
Anwar berkata, senarai itu dipilih selepas perbincangan dengan semua ketua parti dalam kerajaan, serta mengambil kira perwakilan wilayah serta penglibatan wanita dan golongan muda.
Berikut senarai penuh timbalan menteri yang diumumkan:
Timbalan Menteri Kewangan - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan - Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Rubiah Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri Pengangkutan - Hasbi Habibollah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Chan Foong Hin
Timbalan Menteri Ekonomi - Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan - Akmal Nasir
Timbalan Menteri Pertahanan - Adly Zahari
Timbalan Menteri Kerja Raya - Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Liew Chin Tong
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Yusof Apdal
Yusof Apdal Sains, Inovasi dan Teknologi - Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat - Aiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Fuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi - Ramkarpal Singh
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim - Huang Tiong Si
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Saraswathy Kandasamy
Timbalan Menteri Luar Negeri - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Khairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital - Teo Nie Ching
Timbalan Menteri Pendidikan - Lim Hui Ying
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Adam Adli Abdul Halim
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud
Timbalan Menteri Kesihatan - Lukanisman Awang Sauni
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Wilson Ugak Kumbong
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai