Jamal saran jawatan presiden Umno, timbalan tak dipertanding
Ketua Komunikasi BN Selangor Jamal Md Yunos menyarankan Perhimpunan Agung Umno akan datang mengusulkan jawatan presiden dan timbalan parti itu tidak dipertandingkan.
"Kerana Umno masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.
"Walaupun Umno mengamalkan sistem demokrasi tetapi apa yang berlaku, yang kalah tidak dapat menerima kekalahan dan melakukan gerakan agar yang menang didesak untuk meletakkan jawatan," katanya pada satu kenyataan malam ini.
Meskipun Jamal tidak menyebut nama namun dipercayai dia merujuk desakan untuk menjatuhkan presiden seperti yang berlaku pada tahun 2018.
Ketika itu, pemimpin Umno Khairy Jamaluddin yang tewas dalam perebutan jawatan presiden parti pada Jun 2018 antara yang mendesak Zahid Hamidi melepaskan jawatannya.
Minggu lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan memaklumkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang dijadualkan pada 21 hingga 24 Dis ini, ditangguhkan ke 11 hingga 14 Jan depan.
Ahmad berkata penangguhan itu disebabkan tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai