Skip to main
Logo Malaysiakini

Azalina cadang pinda undang-undang bagi perkasakan Suhakam

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri, Azalina Othman Said berhasrat meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 bagi memperkasakan suruhanjaya itu.

Pada majlis penutupan forum Hari Hak Asasi Manusia di Kuala Lumpur hari ini, menteri undang-undang itu berkata dia akan membentangkan kertas kabinet bagi tujuan berkenaan.

"Kami berhasrat untuk melihat ke arah mengukuhkan Suhakam dengan meminda Akta Suhakam, mungkin melalui pengembangan fungsi dan kuasa Suhakam, untuk menyediakannya dengan kekuatan institusi yang diperlukan bagi mempromosikan dan menegakkan hak asasi manusia di Malaysia dengan cara yang lebih berkesan dan cekap.

"Saya perlu mendapat lampu hijau atau sokongan dalam mesyuarat kabinet dari aspek prinsip.

Katanya, kepercayaan juga harus diberikan kepada Suhakam sebagai sebuah institusi hak asasi manusia di Malaysia.

“Kehadiran Suhakam adalah penting untuk memastikan promosi dan perlindungan hak asasi manusia secara konsisten ditegakkan di negara kita.

"Suhakam tidak boleh menjadi seperti jabatan kerajaan tetapi harus menjaga setiap agensi di luar sana," katanya.

Azalina juga menggesa kerajaan membenarkan laporan Suhakam dibahaskan di Parlimen.

[Baca berita penuh]