Skip to main
Logo Malaysiakini

Banjir K'tan, T'ganu: Lebih 25,000 mangsa dipindah ke PPS

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Situasi banjir yang melanda pantai timur Semenanjung terus memburuk, dengan lebih 25,000 mangsa direkodkan di Kelantan dan Terengganu, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mangsa banjir di Kelantan terus merekodkan peningkatan kepada 12,082 orang setakat jam 10.51 pagi tadi berbanding 7,169 orang pada lewat malam tadi.

Sebanyak 93 PPS di buka di negeri itu menempatkan mangsa daripada 3,485 orang.

Begitu juga di Terengganu, 193 PPS dibuka menempatkan 13,200 mangsa banjir daripada 3,916 keluarga yang dipindahkan, setakat kemaskini pada 10.53 pagi ini.

Selain itu, di Johor, keadaan tidak banyak berubah berbanding tadi malam dengan 75 mangsa kekal daripada 21 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Di Perak, seramai 49 mangsa daripada 16 keluarga dipindahkan ke dua PPS.

Di Pahang pula, dua PPS dibuka menempatkan 40 mangsa daripada 13 keluarga di Raub dan 226 penduduk daripada 50 keluarga di Kuantan

Dengan ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri mencecah 25,672 daripada 7,451 keluarga di 292 pusat pemindahan sementara.