Skip to main
Logo Malaysiakini

DUN Perak bertafakur, zahir rasa simpati tragedi tanah runtuh

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bertafakur selama kira-kira seminit bagi memperingati mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor.

Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid juga menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah bagi pihak dewan negeri kepada keluarga mangsa kejadian berkenaan sebelum memulakan persidangan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

“Ia satu tragedi luar jangka dan turut dirasai seluruh negara. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini.

“Dewan menzahirkan penghargaan kepada setiap anggota keselamatan dan petugas yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya sebelum meminta seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri beragama Islam untuk menyedekahkan al-Fatihah, manakala mereka yang bukan beragama Islam untuk sama-sama bertafakur seketika.

Tragedi tanah runtuh pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 25 terkorban dan lapan lagi masih hilang.

- Bernama