Skip to main
Logo Malaysiakini

Individu ditahan lepas cetuskan kebakaran kecil depan Istana Buckingham 

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Seorang lelaki ditahan di luar Istana Buckingham London selepas didakwa cuba mencetuskan kebakaran kecil di hadapan pintu pagar istana pada Selasa malam.

Rakaman kejadian di Internet menunjukkan kebakaran kecil berlaku di luar pintu pagar istana dan seorang individu telah ditahan, lapor Agensi Anadolu.

“Sejurus selepas 10 malam pada Selasa, seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditahan kerana disyaki menyebabkan kerosakan selepas mencetuskan kebakaran kecil berhampiran pintu pagar Istana Buckingham.

"Lelaki itu telah ditahan. Api sudah dipadamkan,” menurut Polis Metropolitan dalam satu kenyataan.

- Bernama