Skip to main
Logo Malaysiakini

Reformasi undang-undang bunuh diri: Adun kongsi pengalaman peribadi

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Selaku wakil rakyat, Adun Subang Jaya Michelle Ng memang telah menjangkakan untuk berkhidmat di luar skop tugasan rasminya.

Namun, pada suatu malam 2018 sejurus selepas pertama kali dipilih sebagai Adun, dia telah menerima panggilan telefon yang di luar kebiasaan.

Ia panggilan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya - mereka memerlukan bantuannya untuk bercakap dengan seseorang yang sedang cuba membunuh diri.

"Kami sedang mengendalikan kes cubaan membunuh diri sekarang dan memerlukan bantuan dengan komunikasi dalam bahasa Inggeris atau Cina.

Adun Subang Jaya Michelle Ng.

"Anda saja yang kami rasa mangsa muda itu boleh mengaitkan dengan dirinya dan (anda) yang cukup tenang dalam situasi ini," katanya memberitahu permintaan anggota bomba ketika dalam talian.

Walaupun tidak terlatih dalam situasi sebegini, dia memenuhi permintaan itu dan meluangkan masa selama tiga jam bercakap dengan seseorang yang sedang berada di tempat yang gelap dan berbahaya, dengan anggota bomba menilai peluang untuk menyelamat adalah 50-50.

"Kami bercakap dengan dinding di antara kami. Ia gelap. Saya tidak tahu apa yang berlaku di sebelah sana.

"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Ahli keluarga orang itu menjerit. Saya fikir yang paling teruk telah berlaku. Lemah semangat saya.

"Bunyi pergelutan menyusul selepas dentuman itu. "Dia okay! Dia okay!" Saya dengar anggota bomba menjerit. Mereka dapat selamatkan orang itu. Syukur," kata Michelle menceritakan kembali detik mencemaskan itu.

Biarpun berjaya menyelamat orang itu tetapi dia tidak terlepas kerana polis sedang menunggu untuk menangkapnya, katanya.

Ini kerana bunuh diri adalah jenayah di Malaysia.

Dia berkata pegawai polis itu berkata pihaknya bertanggungjawab untuk menangkap orang itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Lobi menteri mansuh peraturan

Tetapi Ng berkata dia berjaya merundingkan pembebasan orang itu, selepas ibu bapanya berjanji untuk mengawasi dia dengan rapi.

"Itu membuatkan saya berfikir - tidak semua orang yang mendapati diri mereka dalam situasi orang ini bernasib baik.

"Jadi saya mula menyokong untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan," katanya.

Seksyen tersebut menyatakan sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjarakan sehingga satu tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Ahli Parlimen Kuching Kelvin Yii dan Adun Kampung Tunku Lim Yi Wei bertemu dengan Timbalan Menteri Undang-undang Ramkarpal Singh (gambar, atas) untuk melobi pemansuhan peraturan itu.

Dia berkata walaupun kerajaan mengumumkan hasratnya untuk menghapuskan jenayah bunuh diri pada 2020 namun ramai yang telah dihantar ke penjara.

Oleh itu, katanya, moratorium serta-merta perlu dilaksanakan dan Seksyen 309 dimansuhkan dalam persidangan parlimen akan datang.

"Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dalam wujudnya lacuna (lompang) - kerajaan boleh mengarahkan, secara pentadbiran, supaya polis menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 10 Akta Kesihatan Mental dalam kes cubaan membunuh diri untuk memasukkan orang itu ke hospital psikiatri.

"Birokrasi tidak sepatutnya mengorbankan nyawa," katanya.


Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih

Hotline: 15999

The Befrienders

Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia

Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia

Hotline: 03-42657995

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.

Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.

Bagi pelarian di Malaysia, khidmat sokongan kesihatan mental dan psikososial juga disediakan melalui rakan kongsi Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, yang disenaraikan di pautan ini.

[Baca berita asal]